Friday, November 12, 2010

Ingatlah Pada Mereka Yang Memerlukan


hari nie... aku nak buat 1 kempen amal....smlm masa kemas2.. bnyak barang2 lama yang masih elok dan masih boleh dipakai.. tapi rasa macam dah x nak pakai.. so aku pon packinglah masukan dalam 1 kotak untuk dibuang... tapi bila difikirkan balik... baik kita wat amal kan... sedekahkan barang2 tue pada orang2 yang memerlukan....contohnya :  rumah anak yatim, mangsa banjir, ibu tunggal dan sebagainya....
so untuk memudahkan lagi kempen nie... aku dah bincang dgn 1 jawatankuasa perwakilan kolej di UiTM Shah Alam... so senang crita.. semua derma akan melalui mereka....JPK Kolej Perindu, UiTM Shah Alam kat sini aku sertakan alamat... so sesiapa yang nak menderma bolehlah.. pack dalam kotak elok2 dan poskan kt alamat yg diberi.... sebarkan Kempen nie agar kita leh sama2 beramal... moga apa yg kita cuba lakukan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT....Amin.

Contoh Barang yang boleh diderma :
- Pakaian
- Buku / Majalah
- Kewangan ( Tidak digalakkan )
- lain-lain yang bersesuaian


Bilik Gerakan,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA.
03 - 5544 3694

No comments: