Dihening pagi ramadhan aku sendirian
Otakku berpusing mengimbau kisah silam
Mataku merenung dosa-dosa lampau
Kesilapan dan ketelanjuran menghiasi jiwa ini
Hati kecil ini merintih kesakitan
Segala kesilapan lampau menusuk kalbu
Sejadah dibentang menghadap arah sebenar
Aku bersujud kepada Yang Maha Esa
Ya Allah...Ampunkanlah hambamu ini
Segala kesilapan lampau yang aku lakukan
Terimalah taubat hambamu ini
Kembalikanlah aku dijalan yang Kau redhai
Hanya padaMu aku meminta...
Dan padaMu juga aku berserah...
Ya Allah... terimalah taubat hambaMu ini...
Ridz_techn0
6.15am / 17 Ogos 2010
1 comment:
Insyallah akan diterima jika benar benar jujur nak bertaubat
Post a Comment